1 ekor ayam, dibelah empat, direbus bersama air yg cukup
untuk masak nasi dan dijadikan sup nasi ayam,
dan masukan juga,
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 buku kiub ikan bilis
dan masukan juga bahan yg diblend sendiri iaitu
1 sudu kecil biji rempah(biji ketumber)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
sementara menunggu rebusan ayam mendidih, potong
1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 inci halia
panas kan minyak, tumis bahan2 ini hingga garing dan masukan kedalam
rebusan ayam yang sedang mendidih, ( jgn ambil minyak nya yer)
biar mendidih dan ayam masak...tapi jgn terlalu lembut, masukan garam secukup rasa.
untuk ayam goreng
apabila ayam telah masak, ambil ayam nyer sahaja, dan tuang kicap keseluruh ayam itu,
sehingga rata, lepas tu..goreng ayam satu persatu, sampai luaran ayam tu, kehitam2an,
( biasa guna kicap kipas udang warna merah)
untuk sambal nasi ayam
ambil kicap lebihan gorengan ayam tadi,
2 biji cili masak dan 3 biji cili api
1 ulas bwg putih
2 sudu cili sos
( semua bahan ini dicampur dan diblend , jadilah sambal nasi ayam)
untuk masak nasi
cuci beras seperti biasa, tandakan paras air, nanti nak tuang sup ikut paras yg ditandakan
toskan beras, tuang sop ikut paras yg ditandakan tadi supaya nasi tak lembik,
masak seperti biasa , balik2 kan nasi agar nasi masak sama rata, apabila dah masak
taburkan daun sup dan daun bwg diatas nya,
sup nya
sup yg selebihnya td, dimasukan kedalam mangkuk dan ditabur daun sup dan bwg goreng
ulaman nya
buah tomato
daun salad
timun
( untuk pengetahuan nasi ayam ini mmg sdp, sesiapa juga mkn nasi ayam ini,
pasti tidak akan melupakan nya) pokoknya...kalau sup nya sedap.. sedap lah hasil nasi ayam ni.. cubalah
Tuesday, May 3, 2011
nasi ayam resepi ibumu
Posted by inarina at 7:54 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment