BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 8, 2011

SAMBAL TUMIS IKAN MASIN

bahan2nya

1 ekor ikan masin plotan
( dibersihkan dan disucikan, dan digoreng sampai garing angkat dan ketepikan)
1 labu bwg besar dipotong bulat
1 sudu kecil pati asam jawa adabi
 serbok perasa

bahan untuk diblender

10 tangkai cili kering
1 labu bwg besar
belacan

caranya,

panaskan minyak, tumis bahan2 yg tlh diblender td dan digoreng2
sampai pecah minyak dan merah tua, masukan sedikit air, asam jawa,
masukan ikan masin, serbok perasa, masak sampai pekat sedikit, dan
masukan bwg besar yg dipotong bulat, kacau2 sekejap dan
bolih lah dihidangkan.

P/S jgn masukan garam, masin ikan tu, dah cukup.

Monday, March 7, 2011

KARI AYAM

bahan2nya

1/2 ekor ayam, dipotong dan dibersihkan dgn sesuci2nya
diiringi dgn air lalu dan selawat keatas nabi s.a.w.
1/2 biji kelapa diambil santannya
6 biji ubi kentang
1/2 buku kiub ikan bilis
garam secukup rasa

bahan untuk menumis

5 ulas bwg merah dihiris
3 ulas bwg putih dihiris
1 inci halia dihiris
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga
daun kari
2 bungkus rempah kari ayam
1 sudu kerisik

caranya

panaskan minyak, tumis bwg merah, bwg putih,
halia, bunga lawang, kulit kayu manis
bunga cengkih, buah pelaga dan daun kari, sehingga garing,
masukan rempah kari yg telah dibancuh dgn air terlebih dahulu,
goring hingga pecah minyak, masukan kerisik, dan santan,
masukan ayam masak sampai mendidih, kemudian masukan kentang
biarkan ayam dan kentang empuk, masukan kiub dan garam secukup rasa,
dan bolihlah dihidangkan.

KARI DAGING

bahan2nya

1 kg daging dipotong dan dibersihkan
4 cawan santan
6 biji ubi kentang dibuang kulit, dibelah dua
1/2  buku kiub ikan bilis
garam secukup rasa

bahan2 untuk menumis

5 ulas bwg merah dihiris
3 ulas bwg putih dihiris
1 inci halia dihiris
daun kari puley

sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,
buah pelaga


2 bungkus rempah kari daging
1 sudu kerisik

caranya

panas kan minyak , tumis bawang merah, bwg putih, halia, kulit kayu manis
bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, daiun kari goreng sampai garing, 
masukan rempah kari daging yg telah dibancuh dgn air terlebih dahulu, 
goreng2 kan sampai pecah minyak, masukan kerisik, daging dan dan sedikit air,
dan masak sampai daging empuk, setelah daging hampir empuk,dan pecah
 minyak, masukan pula santan dan ubi kentang, masak sampai ubi kentag empuk,
dan kuahnya hampir pekat sedikit, masukan kiub ikan bilis, garam , 
dan bolihlah dihidang kan, 

mkn bersama dgn roti diwaktu hujan ptg, mmg sedap.....


RENDANG DAGING

bahan2nya

1 kg daging dipotong dan dibersihkan
1 biji kelapa diambil santan nya
(ambil sesenduk kelapa parut untuk diblender
dan dibuat bumbunya)
2 sudu kerisik
sedikit serbok kunyit
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
beberapa helai daun kunyit dipotong halus2

bahan2 untuk dibuat bumbu dan diblender

10 tangkai cili kering
3 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
11/2 inci halia
5 btg serai
sedikt lengkuas kalau ada
sesenduk kelapa parut

cara membuatnyer

masukan semua bahan kedalam kuali
kecuali daun kunyit
masak sambil dibalik2kan, agar tidak berkerak
disebelah bawah apa bila hampir kering, perlahan kan api,
masak sampai pecah minyak sambil dibalik2kan, masukan
daun kunyit, balik2kan sekejap...dan bolihlah dihidangkan.

RENDANG AYAM

BAHAN2NYA


1 ekor ayam, dipotong dan dibersihkan
4 cawan santan
2 sudu kerisik
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
sedikt serbok kunyit
daun kunyit dipotong halus2

bahan untuk diblender

2 labu bwg besar
3 ulas bwg puth
10 tangkai cili kering
11/2  inci halia
 5 btg serai
satu cawan kelapa parut
sedikit lengkuas kalau ada


masukan semua bahan kedlm kuali, kecuali daun kunyit
semasa memasak, hendak lah dibalik2 kan perlahan2, 
apa bila agak kering, perlahankan api, balik2kan,
masak sampai kering dan pecah2 minyak, barulah ditaburkan daun kunyit. 
balik2kan, dan hidangkan.