1 ekor ayam, dibelah empat, direbus bersama air yg cukup
untuk masak nasi dan dijadikan sup nasi ayam,
dan masukan juga,
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 buku kiub ikan bilis
dan masukan juga bahan yg diblend sendiri iaitu
1 sudu kecil biji rempah(biji ketumber)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
sementara menunggu rebusan ayam mendidih, potong
1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 inci halia
panas kan minyak, tumis bahan2 ini hingga garing dan masukan kedalam
rebusan ayam yang sedang mendidih, ( jgn ambil minyak nya yer)
biar mendidih dan ayam masak...tapi jgn terlalu lembut, masukan garam secukup rasa.
untuk ayam goreng
apabila ayam telah masak, ambil ayam nyer sahaja, dan tuang kicap keseluruh ayam itu,
sehingga rata, lepas tu..goreng ayam satu persatu, sampai luaran ayam tu, kehitam2an,
( biasa guna kicap kipas udang warna merah)
untuk sambal nasi ayam
ambil kicap lebihan gorengan ayam tadi,
2 biji cili masak dan 3 biji cili api
1 ulas bwg putih
2 sudu cili sos
( semua bahan ini dicampur dan diblend , jadilah sambal nasi ayam)
untuk masak nasi
cuci beras seperti biasa, tandakan paras air, nanti nak tuang sup ikut paras yg ditandakan
toskan beras, tuang sop ikut paras yg ditandakan tadi supaya nasi tak lembik,
masak seperti biasa , balik2 kan nasi agar nasi masak sama rata, apabila dah masak
taburkan daun sup dan daun bwg diatas nya,
sup nya
sup yg selebihnya td, dimasukan kedalam mangkuk dan ditabur daun sup dan bwg goreng
ulaman nya
buah tomato
daun salad
timun
( untuk pengetahuan nasi ayam ini mmg sdp, sesiapa juga mkn nasi ayam ini,
pasti tidak akan melupakan nya) pokoknya...kalau sup nya sedap.. sedap lah hasil nasi ayam ni.. cubalah
Tuesday, May 3, 2011
nasi ayam resepi ibumu
Posted by inarina at 7:54 PM 0 comments
Tuesday, March 8, 2011
SAMBAL TUMIS IKAN MASIN
bahan2nya
1 ekor ikan masin plotan
( dibersihkan dan disucikan, dan digoreng sampai garing angkat dan ketepikan)
1 labu bwg besar dipotong bulat
1 sudu kecil pati asam jawa adabi
serbok perasa
bahan untuk diblender
10 tangkai cili kering
1 labu bwg besar
belacan
caranya,
panaskan minyak, tumis bahan2 yg tlh diblender td dan digoreng2
sampai pecah minyak dan merah tua, masukan sedikit air, asam jawa,
masukan ikan masin, serbok perasa, masak sampai pekat sedikit, dan
masukan bwg besar yg dipotong bulat, kacau2 sekejap dan
bolih lah dihidangkan.
P/S jgn masukan garam, masin ikan tu, dah cukup.
Posted by inarina at 12:00 AM 0 comments
Monday, March 7, 2011
KARI AYAM
bahan2nya
1/2 ekor ayam, dipotong dan dibersihkan dgn sesuci2nya
diiringi dgn air lalu dan selawat keatas nabi s.a.w.
1/2 biji kelapa diambil santannya
6 biji ubi kentang
1/2 buku kiub ikan bilis
garam secukup rasa
bahan untuk menumis
5 ulas bwg merah dihiris
3 ulas bwg putih dihiris
1 inci halia dihiris
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga
daun kari
2 bungkus rempah kari ayam
1 sudu kerisik
caranya
panaskan minyak, tumis bwg merah, bwg putih,
halia, bunga lawang, kulit kayu manis
bunga cengkih, buah pelaga dan daun kari, sehingga garing,
masukan rempah kari yg telah dibancuh dgn air terlebih dahulu,
goring hingga pecah minyak, masukan kerisik, dan santan,
masukan ayam masak sampai mendidih, kemudian masukan kentang
biarkan ayam dan kentang empuk, masukan kiub dan garam secukup rasa,
dan bolihlah dihidangkan.
Posted by inarina at 11:47 PM 0 comments
KARI DAGING
bahan2nya
1 kg daging dipotong dan dibersihkan
4 cawan santan
6 biji ubi kentang dibuang kulit, dibelah dua
1/2 buku kiub ikan bilis
garam secukup rasa
bahan2 untuk menumis
5 ulas bwg merah dihiris
3 ulas bwg putih dihiris
1 inci halia dihiris
daun kari puley
Posted by inarina at 11:19 PM 0 comments
RENDANG DAGING
bahan2nya
1 kg daging dipotong dan dibersihkan
1 biji kelapa diambil santan nya
(ambil sesenduk kelapa parut untuk diblender
dan dibuat bumbunya)
2 sudu kerisik
sedikit serbok kunyit
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
beberapa helai daun kunyit dipotong halus2
bahan2 untuk dibuat bumbu dan diblender
10 tangkai cili kering
3 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
11/2 inci halia
5 btg serai
sedikt lengkuas kalau ada
sesenduk kelapa parut
cara membuatnyer
masukan semua bahan kedalam kuali
kecuali daun kunyit
masak sambil dibalik2kan, agar tidak berkerak
disebelah bawah apa bila hampir kering, perlahan kan api,
masak sampai pecah minyak sambil dibalik2kan, masukan
daun kunyit, balik2kan sekejap...dan bolihlah dihidangkan.
Posted by inarina at 10:47 PM 0 comments
RENDANG AYAM
BAHAN2NYA
daun kunyit dipotong halus2
Posted by inarina at 10:19 PM 0 comments
Saturday, February 12, 2011
NASI TOMATO
bahan2nya
bersihkan beras, masukan kedlm rice cooker,
bahan tumis
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci hali
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
tumis semua bahan diatas hingga garing
masukan kedlm rice cooker tadi,
masukan air secukup nya,
masukan sos tomato atau pure tomato
sedikit susu cair
garam
kiub
masak seperti biasa, bila mendidih kacau2 kan sedikit,
bila hampir kering , dan ditutup , lps tu terbalik2kan selalu, supaya masak sekata
Posted by inarina at 7:56 AM 0 comments
DALCA DAGING
bahan2 nya
apa bila dah mendidih atau hampir masak
Posted by inarina at 7:39 AM 0 comments